top of page

PROGRAM: PISMP
KURSUS: Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan
KOD: RBTS3073

SEMESTER: 3
TAHUN: 2

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO):

 

CLO 1
Menerangkan perkembangan teknologi tanaman sayuran dan hiasan. (C2, A4, PLO1, PLO4, CS1)

 

CLO 2
Mengaplikasi kemahiran teknikal berkaitan tanaman sayuran dan hiasan dalam penghasilan projek melalui kerjasama berpasukan dalam aktiviti amali. (C3, P2, A2, PLO2, PLO5, TS4)


CLO 3
Menganalisis perancangan persediaan tanaman sayuran dan hiasan. (C4, A5, PLO3, CTPS1)


CLO 4
Menghasilkan dokumentasi penghasilan projek landskap melalui rujukan pelbagai sumber maklumat. (C6, A4, PLO6, LL3)


CLO 5
Menyediakan pengurusan kewangan melalui aktiviti amali pertanian. (C6, P5, A3, PLO1, PLO3,CTPS5)

BIG IDEA
Kompetensi dalam Pertanian

  1. Bagaimanakah seorang guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran teknikal dalam pembiakan tanaman?

  2. Sejauhmanakah peranan teknologi terkini dapat mempengaruhi aktiviti pertanian?

  3. Bagaimanakah aktiviti pertanian dapat memberi kesan terhadap kelestarian alam sekitar secara global?

  4. Sejauh manakah aktiviti pertanian memberi kesan terhadap taraf sosio ekonomi penduduk setempat?

  5. Sejauhmanakah aktiviti pertanian mempengaruhi aktiviti pelancongan di sesuatu kawasan?

  6. Bagaimana pengajaran inovatif dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna?

  7. Bagaimana persekitaran pembelajaran bermakna dapat merangsang pemikiran murid?

  8. Bagaimana menghasilkan persekitaran pembelajaran interaktif melalui pembelajaran maya?

ESSENTIAL QUESTION (EQ)

HASRAT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

Saya akan belajar mengenai kemahiran-kemahiran yang ada dalam aktiviti pertanian, iaitu kemahiran pembiakan aseks tanaman, kemahiran membuat analisis perancangan ladang, kemahiran membina pelan sebenar landskap serta kemahiran membuat anggaran perbelanjaan ladang.

  1. Mengemukakan pengetahuan sedia ada mengenai aktiviti pertanian di Malaysia melalui komunikasi berkumpulan.

  2. Melakukan amali teknik asas pembiakan tanaman hiasan secara aseks.

  3. Membuat analisis perancangan persediaan tanaman sayuran dan hiasan.

  4. Menghasilkan pelan reka bentuk sebenar landskap di kawasan yang dipilih.

  5. Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi aktiviti projek penanaman sayuran yang dipilih.

bottom of page