

Inovasi Tahun 2019
Agro Smart Marker V1.0
-
Agro Smart Marker merupakan inovasi pertanian yang dihasilkan daripada bahan terbuang. Hal ini kerana 90% komponen utama Agro Smart Marker adalah daripada bahan terbuang.
-
Alat ini dapat menyelesaikan kaedah penanaman secara konvensional, terutamnya dalam penanaman jagung yang dilihat memerlukan jarak penanaman yang tepat bagi menghasilkan mutu jagung yang berkualiti.
-
Jagung manis memerlukan jarak penanaman 50cm dalam baris dan jagung madu memerlukan jarak penanaman antara 45cm – 50cm. Jarak penanaman yang tepat adalah penting dalam memastikan hasil jagung yang berkualiti apabila dituai nanti.
-
Sehubungan itu, Agro Smart Marker telah dicipta dalam memastikan jarak penanaman pokok jagung yang tepat.
-
Selain dari pokok jagung, pokok timun, kacang buncis dan kacang tanah juga memerlukan jarak tanaman yang sama.
-
Walaubagaimanapun, Agro Smart Marker bukan hanya semata-mata untuk pokok jagung, timun, kacang buncis dan kacang tanah semata-mata, malah ianya boleh disesuaikan dengan lain-lain pokok mengikut jarak tanaman masing-masing. Contohnya, pokok terung 60cm dan pokok bendi 90cm.
-
Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menukar mata penanda kepada lubang jarak yang diingini sahaja. Ianya cukup mudah dan senang.
-
Dalam pengujian prototaip yang dilakukan, Agro Smart Marker terbukti berkesan dan mampu menyelesaikan masalah jarak penanaman bagi kebanyakan pokok sayuran jenis buah dan kekacang.
-
Komponen utama Agro Smart Marker ialah roda basikal terpakai, besi terpakai serta bolt dan nat. Bahan-bahan ini sangat mudah didapati dan tidak memerlukan modal yang besar untuk menghasilkannya.






Pingat Emas dalam ComPEx 2019
Ahli inovasi:
1. Khu Eian Chun (K) 4. Dr. Abd Kadir bin Abd Rahim
2. Mohd Zailani Ibrahim 5. Datin Jamilah binti Idris
3. Mohd Asri bin Abd Aziz