

Inovasi Tahun 2021
Agro Smart Shade
-
Inovasi ini adalah dalam pembinaan dan dijangka siap dalam masa terdekat. Kegunaan Agro Smart Shade ini adalah sebagai naungan dan juga sungkupan kepada anak pokok tanaman yang baru ditanam. Contohnya dalam penanaman anak pokok durian, mangga, rambutan dan sebagainya.
-
Kenapa ianya disebut pintar? Ini adalah kerana inovasi ini bertindak 2 dalam 1 iaitu sebagai naugan dan juga sebagai sungkupan kepada tanaman. Jika kita lihat kepada kaedah konvensional, naungan anak pokok ini dilakukan dengan memancang 4 tiang di sekeliling anak pokok dan dililit dengan jaring naungan hitam dan diletakkan sisa tanaman sebagai sungkupan. Kaedah ini agak memakan masa dan sukar untuk dilakukan di samping memerlukan ramai pekerja.
-
Dengan menggunakan Agro Smart Shade yang berkonsepkan kepada kelambu pasang siap, maka ianya sudah tentu akan menjimatkan masa, tenaga dan juga cekap dalam memastikan anak pokok dapat hidup dengan sempurna.
-
Ini merupakan lakaran penuh Agro Smart Shade yang berkonsepkan kepada kelambu pasang siap. Terdapat 3 permukaan yang akan dipasang dengan jaring naungan hitam dan 1 permukaan yang akan dibiarkan kosong, iaitu bahagian yang akan dihadapkan kepada cahaya pagi matahari apabila ianya dipasang nanti.
-
Manakala bahagian tapaknya akan dipasang dengan ground cover yang akan bertindak sebagai sungkupan dalam memastikan tiadanya pertumbuhan rumpai di sekeliling anak pokok.
-
Produk ini merupakan produk yang mesra pengguna kerana ianya dilihat tidak perlu menggunakan ramai pekerja, kuat dan ringan, mesra OKU serta boleh digunakan oleh sesiapa sahaja termasuk penduduk di luar bandar.
-
Inovasi ini dijangka mempunyai nilai pasaran yang besar jika ianya dibina secara berstruktur dan mendapat suntikan modal daripada mana-mana pihak memandangnya produk seperti ini masih lagi belum ada di mana-mana pasaran.
-
Pelan konsep ini pernah menyertai pertandingan "Low Touch High Impact 2021 (LOTHI)" anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
-
Ahli Pertandingan Pelan Konsep LOTHI 2021:
1. Khu Eian Chun (K)
2. Romai Noor bin Rabbu (Pengarah)
3. Dr. Wan Ameran bin Wan Mat (KJ)
4. Ruba'ie Bin Said
5. Halimatun Sa'adiah binti Harith -
Ahli inovasi di bawah Unit Agro (Prototaip):
1. Khu Eian Chun (K)
2. Mohd Zailani Ibrahim
3. Mohd Asri bin Abd Aziz
4. Hj. Janom bin Saadun
5. Datin Jamilah binti Idris


